Search This Blog

Sunday, 31 March 2013

Katil Bayi aka Baby Cot


Hoho, haritu saya ada cakap nak senaraikan barang2 baby.
Lamaaaaaaa saya nak buat kerja ni, macam la susah, huhu.

Hati tak syok...
Angin PJJ ngan enSuami.
Pastu pk nak masuk rumah baru.

Besar kemungkinan, perbelanjaan akan bertumpu kepada proses nak masuk rumah terlebih dahulu.
Alhamdulillah, hampir ke penghujung proses pembelian-pinjaman.
enSuami cakap, tunggu surat dari peguam je lagi.
Lepas tu, boleh amek kunci sudaaa.

Waaaaa, dah nak kena stat keja2 survey semula ni.
Untuk rumah masih tak setel grill, tinted cermin, nak cari tukang letrik, lampu2 pun xbeli lagi.
Kos besar, nak pecahkan sikit dinding kat pintu dapur, buat kabinet dapur dan enSuami nak sangat pasang tiles kat 2 bilik tidur. Bilik tidur ketiga kecik saja, kami plan nak pasang karpet je kot, dan wat bilik solat kalau sesuai. Sebab akan datang, mesti nak renovate bahagian bilik tu kalau nak besarkan rumah lagi.

Walaupun sekarang tengah hangat nak ekspo baby sana sini, sana sini.
Siang tadi, eh bukan dari malam tadi saya banyak baca pasal katil baby.
Kepala otak saya memang nak beli katil, perkara pertama, huhu.
Mesti beli kot.
Cuma masih timbang nak plastik-besi ke kayu?
Saya, nak plastik-besi-kain tu, enSuami pun setuju.
Sebab senang nak lipat simpan bila dah tak guna.

Melalui pembacaan pun, katil ni boleh guna sampai 24 bulan = 2 tahun = berat kurang dari 15kg.
Baca baca lagi, saya jumpa katil jenama My Dear, pastu Sweet Cherry, pastu Esprit.
Bila tengok2 semua, Sweet Cherry nampak lebih best.
Untuk baby cot la.
Kalau stroller, tengok cam My Dear OK.

Nampak macam Sweet Cherry ni berkualiti la kan untuk semua produk dia.
Yang lain2 pun cantik design dia.
Harga saya tak pasti. Sebab SC xdak outlet sendiri untuk jenamanya sahaja, macam My Dear.
Kalau My Dear, cari kat Puchong je, boleh beli terus dari kilang.
Jadi harga lebih terjamin la kan [saya rasa la, xda markup byk sgt, nk kira kos2 pengangkutan]
Kalau SC ada macam ni kan bagus.

Saya dok nak sangat SC ni bukannya ape, dah terbekenan kat satu baby cot ni...


Minat giler, sebab kaler dia, boleh?
Huh, macho ar warna pastel camni, rasa nak jadi omputih jap, huuu.
Agak2 berapa la harga dia ek? Model baru tu...
Saya cuba tepon no telefon yang ada kat website tu, tapi tak berjawab lak.
Cuti kot hari Ahad macam ni..

Ada juga orang beli katil jenama SC ni, tapi kayu.
Harga RM300++ katanya. Tu harga kat Manjung.
Sekarang ni dah jadi conpius lak, kayu mahal lagi ke plastik ni mahal lagi?

Kalau tengok harga2 dari ketiga2 jenama di atas, harga mula dari RM200++ sampai la ke RM1K++.
Kalau yang ada sale je, boleh turun sampai RM 199, RM 189. Murah plak...
Boleh caya ke ni?

Bila baca review orang, ada yang kata better beli yang kayu, tahan lasak, lebih lama.
Kalau kayu boleh laras tinggi rendah, ikut keperluan.
Kalau yang baby cot ni tak leh adjuz.
Ada plak kata, kain tilam tu terkoyak plak, sempat pakai sekejap je dalam 3 bulan, dah koyak.
Ada cerita, anaknya 3bulan, dah berat 8.5kg, agaknya 15kg tu xda la besar sangat kan?
Maksud saya kalau 3bulan dah 8.5kg, maknanya 15kg tu sikit sangat bagi umur baby untuk jangka masa panjang.
bajet boleh letak baby sampai umur 2-3 tahun, sementara nak tunggu giliran dapat adik lagi.
Dia dah cukup besar untuk tidur kat katil bujang.
Mana satu ya katil yang orang cakap baby cot boleh berubah jadi katil bujang tu?
Mesti la besar kan katil tu, saya belum jumpa lagi setakat ni, yang 2in1 macam ni.

Adeh, ni yang buat saya nak kena pk lagi ni.
Abang sulung saya ada beli katil kayu.
Mak saya kata abang saya beli yang mahai tu, xkalah membeli.
Sekarang dah anak ketiga, masih boleh pakai.
Walaupun ada sedikit patah kat pintu katil kot, sebab anak sulung dia ganas sangat dok panjat2 nak tengok baby.

Kalau beli kayu, kelambu baby mesti yang kecik sket dari saiz katil kan.
Sebab kita nak lindung baby dari nyamuk.
Kalau BCot dr SC macam dalam gambar, bahagian sisinya memang dah sedia tertutup, boleh halang nyamuk masuk.

Orang cerita, bila beli katil ni, kadang2 dapat free tilam, bantal.
Kadang2 dapat kelambu free.
Kalau saya nak free kelambu ler..
Untuk tilam, stok tilam n bantal kekabu boleh diperoleh dengan mudah kat area Kuala Selangor sampai la Sg Besar.
Kekabu lebih elok, tebal n tahan lama. InsyaAllah.
Sebab tu nak cari katil dulu.
Dah ada katil, baru boleh beli tilam ikut saiz katil.
Pastu baru boleh buat cadar, sarung bantal yang comel2 untuk baby, ye tak?
Macam rajin la sangat, huuuu
Nak tengok2 dulu la baby cot ni.
Lasak tak lasak.
Kalau tak, beli kayu la juga.
Yang pasti, boleh simpan sekecil yang mungkin.
Sebab kat rumah nanti, xda stor doh...
Kena kemas elok2 la, xleh main campak, sorok sesuka ahti je....
Ai, katil oh katil...
Bila nak pi survey ni ek?
Ekspo dah berderet dalam jadual.
Tapi tak semua dapat pergi.
Yang boleh mungkin MidValley n Stadium Malawati je kot.
Update : Ok, insyaAllah weekend ni pi Mid Valley, dengan kawan2, ibu2 mengandung yang lain by tren.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers