Sunday, 18 March 2012

Layani Kritikan sebagai 'Tetamu'


Oleh : Shamsul Muda


Manusia mudah cenderung untuk bersikap takbur dan ujub (kagum dengan diri sendiri).

Kekanglah kecenderungan itu dengan mendengar dan menerima kritikan.

Kritikan akan menyedarkan kita dari ‘mabuk’ kekaguman terhadap diri sendiri. Ia akan menyentap kita keluar daripada ‘kandang’ takbur.

Jemputlah kritikan masuk, dan sediakan 'kerusi' untuknya dalam diri anda…agar ia menjadi ‘pengimbang’ kepada sifat keji yang berakar umbi dalam diri.'

Ambillah iktibar dari kelakuan Nabi SAW. Aisyah r.a menukilkan :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَأْكُلُ الْبِطِّيخَ بِالرُّطَبِ فَيَقُولُ « نَكْسِرُ حَرَّ هَذَا بِبَرْدِ هَذَا وَبَرْدَ هَذَا بِحَرِّ هَذَا».

Terjemahan : Pernah Rasulullah SAW memakan tembikai dengan rutab (kurma basah) seraya berkata, “kita ‘patahkan’ [sifat] panas [rutab] ini dengan ‘kesejukan’ [tembikai] ini, dan [kita ‘patahkan’] ‘kesejukan’ [tembikai] ini dengan ‘kepanasan’ [rutab] ini”.


Hadis riwayat Abu Dawud dan Tirmizi dan ia hadis yang sahih menurut standard Bukhari dan Muslim.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)