Search This Blog

Monday 22 August 2011

Jalan-jalan Iftar Nisa' di Al-Hamra'


Seawal pagi dah bangun untuk mengemas rumah sewa.

Almaklumlah, dah lama xmengemas rumah.

Selalu sibuk berprogram, minggu nak cutikan diri daripada program walaupun orang lain sibuk dengan pelbagai program pejabat di luar.

Nak mengemas Al-Hamra' bukanlah mudah.

Sebab setahun sekali baru nak dapat buat. Xpercaya? percayalah..........

Makanya, tenaga adalah berkali ganda diperlukan.

Nasib baik, mood saya baik hari ini.

Mengemas sendiri tanpa mengomel dekat orang lain. Alhamdulillah, selamat mengemas rumah.

Sebelum mengemas rumah, sempat plak merajuk dengan enSuami. Terus ke dapur, xnak layan tepon dia lagi.

Langkah pertama, dah jatuhkan rak garam kunyit rempah semua.

Habis berterabur kayu manis, bunga lawang.

Serbuk kunyit tumpah tinggal bekas sahaja.. Adoiiiiiiiiiii



Dapur Al-Hamra' dah bertukar wajah.........


Selesai semua mengemas dapur, terus masak agar-agar pulak untuk pencuci mulut berbuka nanti. Ini saja potluck yang mampu saya hidangkan untuk sahabat.


Hari Sabtu sebelum tu, cuba buat piza dengan 1kg tepung.

Ok x piza saya? Nampak macam berseleranya..... Tapi, bila nak makan, rotinya keras rapuh, sehingga bracesku xmampu nak memutuskannya. Waaaaaaaaaaa

Sedisnya, xjadik.......
Tapi first time ni....
Lepas ni nak cuba lagi....
Xla susah nak wat piza, cuma bahan2 isinya agak mahal untuk diperoleh.
Petang tu dalam kol 4.30, nak buat nasi kerabu plak.

Sebagai permintaan dari Pn Natrah, menu nasi kerabu tu, Al-Hamra' yang buat. Natrah bawak lauk2, sayur ulam2 nasi kerabu.

Dulu masa pergi kelantan, Ma Natrah wat nasi kerabu warna-warni seperti hijau, kuning, merah. Macam nasi hujan panas je.

Untuk kali ini, saya pun nak cuba wat macam Ma Natrah.
Tapi Nabilah xtau teknik memasak nasi kaler2 ni.
Terfikir untuk buat macam ni ha, logik x???

Akhirnya lama2, beras dimasukkan dalam satu periuk.

Rupanya langkah sebenar nak masak nasi kaler2 mcm ni, kena masak nasi dulu.
Pastu bila nasi dah mendidih nak kering, masukkan sedikit warna hijau, kacau2, tinggal sekejap.
Pastu, masukkan kaler kedua plak. Kacau2, tingal.
Pastu masuk lagi kaler ketiga dan seterusnya kalau ada lagi.
Yang penting, teknik kena betoi.

Ahmad awal berbuka puasa dengan agar-agar koko plak kan......

Nabilah dapat idea nak susun makanan memanjang macam bufet. Mudah nak amek dan menjimatkan ruang.
Sempat juga wat air guava. Asalnya warga BR nak bawak air oren.
Tapi sampai dah masuk azan, air belum sampai.
Kesian kat kawan2...... Nasib baik air gula semua dah ready.

Ok, semua orang dah mula nyum nyum nyum. Amek kurma dahulu sebagai sunnah.

Sambil berbuka, sambil melayan kerenah Ahmad Nasih.
Tetamu ada dalam 15 orang termasuk warga Al-Hamra' sekali.
Lega semua makanan habis, xperlu dibungkus2 lagi.
Xyah nak pening2, i like!

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers